BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 24 Disember 2010

NOVEL INTERLOK oleh ABDULLAH HUSSAIN


Novel Interlok karya Abdullah Hussain, Sasterawan Negara yang bakal digunakan oleh murid -murid tingkatan lima di Zon Tengah mulai 2011 merupakan novel besar yang sarat dengan falsafah kehidupan dalam ranah perpaduan kaum sebagaimana yang diimpikan lewat Gagasan 1Malaysia. Tema dan persoalannya cukup luas, iaitu bertitik tolak daripada perjuangan kemerdekaan sehingga tumbangnya Malayan Union, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1963 sebelum lahirnya Malaysia.

Keberhasilan Sasterawan Negara ini jelas terserlah dalam bahagian akhir novel ini apabila ketiga-tiga keturunan saling membantu dan bekerjasama ketika mereka menghadapi ancaman komunis zaman darurat (1948-1960) sehingga tercapainya kemerdekaan melalui proses asimilasi untuk mewujudkan rupa bangsa Malaysia yang bersatu demi perpaduan nasional.

Interlok terungkap daripada manifestasi dasar pecah dan perintah Inggeris untuk menempatkan masyarakat Melayu di kampung dan pedalaman, masyarakat Cina sebagai peniaga, pedagang, dan pelombong sementara masyarakat India di ladang getah milik Inggeris.


0 ulasan: