BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 1 Disember 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Mulai tahun 2011, semua murid tahun satu di sekolah rendah seantero Malaysia akan didedahkan dengan pembelajaran via kurikulum baharu dalam transformasi kurikulum sekolah rendah. Antara ciri KSSR termasuklah:-

A. Reka bentuk kurikulum KSSR berasaskan enam tunjang, iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan teknologi
6. Keterampilan diri

B. Bahan kurikulum:
- Dokumen Standard Kurikulum

C. Reka bentuk kurikulum:
- Modular

D. Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2, dan 3)
- Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5, dan 6)
- Mata pelajaran Teras dan Elektif

E. Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit

F. Fokus:
- 4M (Membaca, menulis, mengira, dan menaakul)

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21 yanh kian ruwet sekali gus menuntut murid bukan sahaja bijak dan cerdik tetapi pandai dalam semua aspek kehidupan. KSSR mampu melahirkan murid yang matang dan berupaya untuk bersaing dengan murid di negara maju lain dalam ranah pendidikan global kini.

0 ulasan: